17 08 2009

virus-a-h1n1

 

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai wabak Influenza yang cukup popular sekarang, tidak lain dan tidak bukan, wabak selesema Babi atau Influenza A H1N1.

Kita semua mestilah prihatin dan setidak-tidaknya mengambil tahu mengenai perkara asas tentang wabak.

Adalah amat malang sekiranya kita dijangkiti wabak ini, dek kerana kurangnya maklumat yang kita ada dan dek kerana kejahilan kita sendiri.

Jangalah tunggu terhantu dulu baru nak terngadah. Bukankah ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’? “Prevention is better than cure!”

Bacalah artikel mengenai fakta Wabak Influenza A H1N1 ini supaya and a tidak dijangkiti hanya kerana kejahilan anda mengenainya.

Apa itu H1N1?
Ia adalah sejenia Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilasi udara atau ‘air ventilation’ yang baik, akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US, sebelum terjadinya outbrake di Mexico. Tetapi ianya tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan tetapi US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico kemudiannya.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari, membolehkan ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat, dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk-batuk.

Cara serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) pada peringkat awalnya, namun jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ membuatkan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1. Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada lelah atau asma
4. Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV dan sebagainya)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan yang dinyatakan di atas

Simptom2

* Hari 1 – Rasa kurang sihat, tak bermaya
* Hari 2 – Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
* Hari 3 – Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
* Hari 4 – Sakit dada yang teruk (sila jumpa doktor dengan segera)
* Hari 5 dan seterusnya – Berlakunya komplikasi ‘lung collapse’ @ koma

Langkah2 kawalan

1. Golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (’mask’ yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan)
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mungkin ada banyak virus yang tersebar
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat Influenza! Jika sihat, tetapi ‘gatal’ juga nak makan anti-viral, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan nanti. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal-awalnya pada oktober tetapi ianya hanya untuk pertubuhan dan badan-badan ‘frontliner’ atau yang berkenaan sahaja. Untuk awam akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, ujian pemeriksaan Influenza hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di malaysia. Pemeriksaan ini mengambil masa 6 jam untuk dijalankan kepada 1 batch sample. Jika ada mana-mana klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Semua maklumat ini dicatatkan dari taklimat mengenai H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: